|
Di sini hanyalah secebis dari apa yang telah saya ilhamkan. Hanya untuk suka-suka, tapi kalau ada yang sudi untuk memberikan pandangan yang bernas, dipersilakan. SEMENJAK tiba di rumah Atuk malam semalam, Dayana masih belum berpeluang berjumpa dengan Asnawi. Asnawi dilihat seolah-olah sedang menjauhkan diri. Waktu makan pagi tadipun Asnawi tidak kelihatan. Menurut Anati, Asnawi mengambil sarapannya di bilik sahaja. Alasannya kurang sihat. Atuk juga kehairanan, kerana semalam Asnawi nampak sihat sahaja. Asnawi biasanya begitu lasak bekerja, tidak kira hujan atau panas terik. Asnawi juga jarang minta cuti sakit. Mengapa pula malam ni dia berkurung di bilik? Atuk memandang wajah kecewa Dayana. Kesian, baru sahaja sampai tapi tidak disambut oleh kekasih hati, Asnawi. Pak Long Leman juga kebingungan bila disoal Atuk. Asnawi tidak pernah berbual saol peribadinya walaupun dengan ayah sendiri. Dia tidak mampu membuat Asnawi untuk bercerita tentang masalahnya sejak dulu lagi. Anaknya itu memang degil. Jika dia telah membuat sesuatu keputusan, tiada seorangpun yang mampu mengubahnya. Tapi apa yang membuatkan Asnawi menjauhkan diri dari Dayana? Jangan-jangan …… Pak Long tidak mahu meneruskan persoalannya, takut apa yang ada di fikirannya benar-benar akan terjadi. (Scene lain....) Dayana perasan, bukan kali ini sahaja Asnawi agak sukar membalas renungannya. Sejak kedatangannya ke kampung, Asnawi selalu mengelak dari bertentang mata dengannya. ‘Kenapa Awie? Asnawi memandang
ke tasik, mengeluh lagi. Begitu berat rasanya untuk melafazkan kata-kata. Dia
menelan air liur, “Awie minta maaf,
Jantung Dayana mula berdegup kencang. Dia dapat merasakan ada berita buruk yang ingin disampaikan Asnawi. Dari tindak balas dan perlakuan Asnawi, Dayana seperti sudah dapat menekanya serba sedikit. Tetapi dia hanya membisu, menunggu dan mendengar apa saja yang akan dituturkan oleh Asnawi. “Dunia kehidupan
kita jauh berbeza. Amat berbeza. Yana menetap di bandar besar, bekerja di Kata-kata yang keluar dari mulut Asnawi membuatkan Dayana terasa mukanya kepanasan, telinganya berdesing seperti baru ditampar. Perasaannya bercampur baur sedih, marah, sayu mula menyelinap ke dada melompat naik hingga ke tekaknya. Perit. Dia ingin menangis, meraung di situ juga. Biar Asnawi tahu betapa pedih hatinya tatkala itu. Betapa kecewanya jiwa Dayana tatkala itu. Tetapi ditahan semuanya di dadanya yang sedang berombak. Hanya terasa air mata panas mulai bergenang di kelopak mata. Dia patut memperkatakan sesuatu, tetapi dia tidak boleh berfikir dengan tenang. Fikirannya kabur. Tekaknya terasa pedih seperti ada sesuatu yang menghalang pengaliran air liurnya. Mulutnya terasa kering. Dia bingung. Bukan ini yang dia impikan. Bukan kata-kata pedih ini yang ingin didengarinya. Bukan! Bukan! “Apakah Yana tidak boleh berkata sesuatu dalam hal ini? Atau mungkin kita boleh berbincng?” bisik Dayana dengan suara yang tersekat-sekat. “Tidak.” Satu perkataan, terlalu perlahan dan pendek sebutannya, tapi cukup kuat untuk menghancurkan hati Dayana. Inikah pengakhirannya? Begitu mudah sekali kesudahan kisah cinta agungnya? Inilah saat yang amat ditakutinya. Hatinya hancur, pedih. Dia dapat melihat bayangan kepayahan dan kepedihan di dalam mata Asnawi. Ketegangan urat-urat rahangnya. Dia pasti Asnawi turut merasa amat payah untuk meluahkan kata-kata sebegitu. Tetapi dia tidak faham mengapa Asnawi begitu tegar mengucapkannya. Dayana berdiri kaku. Matanya merenung jauh ke hujung tasik. Tiada genangan air mata lagi. Akal fikirannya mengatakan bahawa ini semua adalah mimpi semata-mata. Asnawi masih seperti dulu. Penyayang dan mencintainya dengan sepenuh hati. Cuma saat ini perasaan Asnawi keliru. Ya, buah hatinya ini hanya keliru dalam perasaan. Dia akan sedar nanti. Dan Asnawi akan meminta maaf dan meneruskan percintaan mereka. Dayana amat pasti dengan kata-kata di fikirannya ini. Kedua tangannya segera diselukkan ke saku agar Asnawi tidak dapat melihat bagaimana menggeletarnya mereka. |
| Leave a Comment: |