|
|
BISNES ON LINE UNTUK TAMBAH PENDAPATANSekadar catatan Buku adalah sesuatu yang jika anda pandang akan memberi nikmat yang panjang, dia akan menajamkan kemampuan intelektual,membuat lidah tidak kelu, dan membuat hujung jemari semakin cantik. Dia akan memperkayakan ungkapan-ungkapan anda, akan menenangkan jiwa, dan akan mengisi dada. nukilan dari 'La Tahzan' |
Entahlah.... Diari Alya Naik lagi.....tak tahulah apa nak jadi dengan ekonomi Malaysia sekarang ni. Kalau sebelum ni minyak masak tak ada, tepung gandum tak ade. Lepas tu harga beras pulak naik macam roket. Sampai ada yang boleh suruh kita diet, jangan makan nasi. Aik! Nasi tu bukan ke makanan ruji kita? Mana boleh tak makan...... Sekarang harga minyak petrol pulak. Aduh! Tak tahanlah ini macam..... Apa akan jadi pada keluarga yang sekarang ditimpa bencana seperti diberi vss. Bagaimana mereka nak merancang pendapatan yang tidak akan masuk lagi ke dalam akaun mrk? Dengan belanja anak-anak lagi, keinginan mrk untuk makan makanan yang enak sikit...... Semua kena ikat perut. Tapi sampai bila?? Memanglah rezeki masing-masing sudah ditentukan sejak azali, tapi.... sy tak boleh nak bayangkan apa akan jadi pada anak-anak sy nanti.....
Akhirnya Diari Alya Setelah beberapa lama memendapkannya, akhirnya saya memberanikan diri untuk mencuba. Wala!! berjaya juga nak gerakkan nama blog saya. Terima kasih tak terhingga kepada espada. Cuma bila nak masukkan widget tu je masih belum berjaya. Masih banyak program yang perlu saya belajar. mujurlah ade kawan-kawan blogger yang sudi menolong.Terima kasih semua. Kalaulah saya dapat jumpa awak semua, mahu saya belanja kamu semua makan BESAR!!!
Penatnya!! Diari alya Dalam bulan ini saja, boleh dikatakan tiap-tiap minggu pergi out station. Wah! Sibuk sangat ke? Bukan keluar untuk urusan kerja, tapi jumpa sanak saudara. Sekejap ke KL, lepas tu minggu berikutnya ke Johor. Aduhai! Penat ke KL belum habis lagi....... Baru-baru ni balik Ipoh pulak. Ada kenduri. Al maklumlah cuti sekolah dah mula... Bila balik ke rumah, mak datuk... sakitnya badan-badan. Rasa macam nak demam. Tekak pula dah mula sakit. Batuk2. Nak menelan pun susah. Uhuk uhuk... Belum tengok baju yang mula menimbun yang menjerit minta dibasuh... nak dilipat lagi. aduh! Penat penat.... Sapa-sapa sudi tolong, mailah. Memang tunggu huluran tangan untuk bantu. Bukan merungut... hanya sekadar meluahkan perasaan yang kepenatan. Sebenarnya seronok bila berjalan ni. Masa kat KL dan Johor tu tak rasa penat. Sampai Ipoh pun seronok gak dapat makan nasi minyak. Bila nak jalan lagi??
Alamak!! Diari alya Aduhai, gembiranya hati.... Allah saja yang tahu. Dah tak terkata apa. Begitu lama ditunggu-tunggu, bila tiba waktunya.... sampai .... aduhhh...... gumbira hati ini hingga terketar-ketar badan. Bayangkan setelah dua tahun menunggu, akhirnya saya terima panggilan yang positif. Pihak penerbit bersetuju membukukan novel saya. Wahh!! (Macam Stacy le pulak) Tak mengapa lambat. Mereka kata bulan September. Saya tak kisah asalkan cita-cita saya tercapai. Pulut kuning? Alamak! Terlebih sudah!
Selamat Hari Ibu
Diari alya Hari ini hari Ahad. Minggu kedua dalam bulan Mei. Seluruh dunia menyambutnya sebagai 'Hari Ibu'. Pada saya tiap-tiap hari adalah hari ibu yang istimewa. Saya percaya ramai yang menyokong. Tapi, kita tak mahulah dikatakan ketinggalan infomasi jadi terikutlah membuat panggilan telefon, ucapkan selamat hari ibu buat emak kita. Tak ada yang salah. Bagi mereka yang sentiasa sibuk, hari ni bolehlah ucapkan terima kasih pada ibu kita. Belikan sesuatu yang istimewa buatnya. Tak salah. Ibu-ibupun usahlah berkecil hati jika anak terlupa akan hari ini. Semalam dia dah telefon kita. Sehari sebelum semalam pun dia ada telefon. Begitu juga hari-hari sebelumnya. Bertanyakan khabar kesihatan dan keadaan kita. Tentu itu sudah memadai untuk mengetahui betapa mereka mengambil berat tentang kita. Teringat saya dengan cerita Hindustan sehari sebelum hari ini. 'Baghban'. Harap-harap anak-anak kita usahlah berperangai seperti anak-anak Raj Malhotra lakunan Amitabh Bachan tu. Bila ibubapa berduit, depan kita bukan main tunjuk sayang. Bila dah pencen dan tak berduit, tak sanggup nak jaga ibubapa yang dah tua. Doalah semoga anak kita tak jadi seperti 'Nazli' dalam drama di Tv3 tu. Biar kita jadi seperti emak Nazli, sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anak-anak. Tak sikitpun dia berkecil hati dengan perbuatan anaknya itu. Bolehkah saya jadi sesabar watak ibu Nazli tu?
Buat insan tersayang Diari alya Sudah hampir 18 tahun berlalu. Namun tak pernah sekali saya lupa mengucapkannya. Biar orang lain lalai, tapi tidak saya. Saban tahun saya pasti mengingatkan anak-anak. Biar jangan sampai terluka hatinya. Terima kasih kerana menjaga kami selama ini. Terima kasih kerana sering meluangkan masa emasmu buat kami. Terima kasih kerana mencurahkan kasih sayang yang tak berbelah bagi. Terima kasih yang tak terhingga. Selamat hari jadi abah! ucap anak-anak Selamat hari jadi abang.... Semoga diberkati Allah setiap pekerjaanmu, semoga dicurahkan rezeki ke atasmu, semoga dipanjangkan usiamu, semoga jodoh kita berkekalan hingga di syurga.... AMIN.....
Masalah Diari alya Kenapalah hari ini blog saya susah sangat nak loading? Puncanya? Saya bukanlah nak menunding jari kat sesapa. Tapi pagi tadi sebelum tangan ni gatal nak download satu gambar, semuanya elok2 saja. Cepat macam biasa. Nyesal pun ada. Benda tu dah saya padamkan, tapi ..... itulah.
Hari Buruh
Diari alya Hari buruh... semua pekerja diberi cuti. best,kan. Tapi bukan semua pekerja dapat cuti. Macam biasa kakitangan bahagian kecemasan takleh cuti. Kesian mereka. Tetapi masih ada satu kerja yang selalu takde cuti. Mereka ni bukan kerja bahagian kecemasan pun. Walau apa cuti khas atau umum, masih tetap bekerja. Mereka ini selalu dilupakan. Walaupun ramai yang kata tugas mereka dihargai, jasa mereka sentiasa disanjung. Kenapa tak beri mereka cuti? Siapa? Hm... tentulah mereka yang bekerja sebagai surirumahtangga. Kerja bertambah bila semua orang cuti. Tak habis-habis sampai tengah malam pun masih menyiapkan kerja. Kesian, kan? Kepada para suri full time, janganlah ambil hati kerana tiada cuti. Sayapun termasuk dalam golongan anda juga. Nanti kita minta kementerian beri cuti khas buat orang-orang macam kita. Nak tak?
Fitrah Diari alya Setiap hari ada yang menyambut kelahiran. Ada juga yang menangisi kematian. Itulah lumrah alam. Yang datang disambut penuh gembira, yang pergi ditangisi seisi keluarga. Hari ini pagi-pagi lagi kita dikejutkan dengan khabar sedih. Dj Hot FM, Faizal Ismail menerima dugaan dari Ilahi apabila anak yang baru lahir 12 hari meninggalkan keluarganya. Adam Haikal Iman, semoga kepulanganmu diiringi doa. Untuk isteri Faizal, Lina, tabahkan hati. Anakmu akan menantimu di pintu syurga nanti. Jangan risaukan anakmu itu kerana di sana dia akan dijaga bidadari dan ibu susuannya. Al Fatihah buat si kecil Adam. Hari ni juga ulang tahun hari jadi adik saya. Selamat hari jadi, adikku. Semoga kehidupanmu selepas ini lebih cerah lagi. Tabahkan hati melayari kehidupan dengan anak-anakmu semua. Along doakan kebahagiaanmu. Beginilah fitrah manusia. Semoga kita semua tabah menghadapi kehidupan ini. Semua dugaan baik yang gembira mahupun duka, kita hadapi dengan tenang dan penuh kesyukuran.
Nuffnang Launches Smart Poll Saja nak tahu siapa pembaca blog saya. Silalah isi borang poll di sebelah agar saya lebih mengenali anda. terima kasih...
|