|
|
BISNES ON LINE UNTUK TAMBAH PENDAPATANSekadar catatan Buku adalah sesuatu yang jika anda pandang akan memberi nikmat yang panjang, dia akan menajamkan kemampuan intelektual,membuat lidah tidak kelu, dan membuat hujung jemari semakin cantik. Dia akan memperkayakan ungkapan-ungkapan anda, akan menenangkan jiwa, dan akan mengisi dada. nukilan dari 'La Tahzan' |
13 Rahsia as Solat Diari Alya 15/9/08 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu...... 1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur. 6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur. 7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur. 9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar. 10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 12.Salam Memelihara kita di dalam kubur. 13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T. Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!" Panduan Tambahan 1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a. 2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a. 3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN 4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur. 5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. 6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Bagaimana mandi wajib anda?
Diari Alya 12/09/08 Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM. Mandi wajib yg betul Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir. Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. "Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur. Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala." Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala." Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala". Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan. Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh. Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam. Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) . Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Salam Ramadan Diari Alya Ramadhan sudah diambang pintu, Jika Allah berkehendak InsyaAllah kita akan menemui Ramadhan penuh barokah.
Semoga kata taqwa InsyaAllah akan menjadi milik kita yang berharga sebagai modal unutk langkah kita selanjutnya. Sementara Salah paham, kesedihan, ego, sakit hati, adalah sebahagian dari proses kehidupan kita. Tapi Allah membuatnya dengan sangat sempurna, tidak ada yang sia -
sia dari apa yang sudah Allah kemas dengan baik dalam bingkai rumah
kehidupan kita.
Tidak ada yang lebih mulia pada hari dimana semua malaikat memanjatkan doa, dimana tidak ada kegiatan baik yang tidak dilipat gandakan amalannya oleh Allah. "MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN..."
teringat ayat ini terus berulang di Ar-Rahman...
teringat kelemahan diri akan segala khilaf dan salah... semoga Ramadhan ini membawa kebaikan, dan kesejukan... seperti layaknya embun di pagi hari berkilau tertimpa cahya mentari... semoga di masa mendatang terus dianugrahi keheningan hati... seperti layaknya telaga Kautsar.. Dengan segala kekurangan dan kerendahan hati serta keikhlasan atas semua
kekhilafan dan kelalaian yang pernah saya lakukan baik secara langsung maupun melalui dunia maya. Jauh didalam hati yang senentiasa didalam genggaman Allah,
Saya mengucapkan :
" Marhabban Ya Ramadhan,
Mohon Maaf Lahir dan Bathin. " Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa kita dan memberikan Barkahnya di Bulan
penuh Hikmah ini. Wassamu'alaikum Wr. Wb,
ubat sakit migrain Diari Alya Saya terima risalah ini melalui email, rasanya berguna juga jika dikongsikan bersama.... Story 1: Alhamdullillah. ....I'm an acute migraine sufferer to the extent of vomitting and becoming imbalance. Every time it happens, I have to take antacid & synflex. Antacid is to line the stomach before taking synflex which is a stronger pain killer than panadol. This is to let you know the strength of synflex that so much so I have to take antacid prior to swallowing synflex. This worries me quite a bit as taking pain killers posed other health concerns later.. I've tried many times to manage it without swallowing synflex but it got worst. Hence, I'm resigned to probably take synflex for the rest of my life at that time! Then, one day, one of you have so kind-heartedly emailed me the ways and how to cure headache by one Singaporean Ustazah (sorry can't remember the name of the sender as well as the Ustazah). The method includes reading this ayat Quran. I've tried it and Alhamdullillah, being a bad migraine sufferer I'm amazed at the miraculous cure! However, you have to do it repeatedly. For once in my life, I did not need to take synflex anymore! You see, strangely about migraine sufferer, we can feel when the attacks are coming and when it starts to ebb away. So, friends, save this method onto your handphone "Notes" or "To-do List" so that when you have a headache and with strong conviction, do the method, Insyaallah, it will work! 1. Read Al-Fatihah (1 x) 2. Read Surah Al-Ikhlas (3 x) 3. Read Surah Yassin ayat ke 58 "Sala mun Qaulan Minrabbirrahim" (3 x) 4. Read Selawat Nabi (3 x) What I did was, I blew it on my palms and put my palms on my head for a while. After that, I repeat the whole process again. Another sister has shared her experience below. Story 2 My sister was staying with me some months ago. My sister was bleeding profusely ??lt;I>akibat pendarahan dalaman??lt; /SPAN> (internal bleeding). Teringatkan Pak Kiai di Rawang yang sering merawat sister itu, I asked my niece to call and ask him what we should do? He said "baca ayat 58 dari surah Yassin dan niat sambil meniup kearah duburnya bagi menghentikan pendarahan tersebut". So my niece pun buatlah. A few seconds later darah pun berhenti.. Alhamdullilah, leganya. From that day onwards, itulah yang saya buat apabila ada orang yang perlu bantuan menghentikan pendarahan. RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58 Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah, dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan. Sampaikan kisah pengalaman ini kepada sahabat2 anda kerana tiada kerugian kita berkongsi serba-sedikit ilmu yg kita perolehi, apatah lagi sekiranya ilmu itu dapat memberi manfaat kpd seluruh umat manusia. Seandainya anda sendiri pernah mencuba cara ini dan mendapati ianya berkesan utk mengurangkan dan/atau menghilangkan sakit migrain anda, harap sudilah berkongsi pengalaman anda utk kebaikan bersama.
Antara Boleh, Mampu dan Mahu Dalam dunia penulisan, orang yang ada kepentingan dan perlu kita dengar kata-katanya dalam memastikan bahan kita diterbitkan adalah editor dan penerbit. Orang-orang lain selain dari kedua-dua ini tidak boleh menghalang kita dari menghasilkan bahan penulisan. Faktor persekitaran juga mungkin boleh memberikan halangan dalam menyebabkan kita tidak dapat menulis. Faktor tempat kerja, faktor masa, faktor sibuk dan sebagainya. Ini berbalik kepada diri kita, bagaimana kita mendisiplinkan diri. Kata-kata yang perlu kita pegang adalah HANYA ORANG SIBUK SAHAJA YANG ADA MASA. Faktor diri adalah faktor terbesar yang saya lihat menyebabkan kita tidak dapat menulis. Dalam hal ini perkataan yang lebih baik dari BOLEH adalah MAHU. Perkataan mampu mungkin juga sinonim tetapi tidak kena pada tempat apabila kita ini cukup pancaindera, ada tangan, ada kaki, ada otak, ada telinga, ada deria rasa. Semua pancaindera inilah yang memungkinkan kita boleh menulis ataupun tidak. Apabila kita hilang pancaindera ini, mungkinlah kita boleh sebut kita tidak mampu. Ia berbalik kepada diri kita sama ada kita mahu ataupun tidak. Apabila kita ada kemahuan pasti ada jalannya. Apabila kita mahu, kita akan berusaha memastikan apa yang kita kehendaki itu dicapai. Apabila tidak tahu, kita bertanya kepada yang tidak. Apabila tidak tahu teknik, kita hadiri bengkelnya. Ia berbalik kepada diri. Faktor diri adalah faktor yang kita boleh kawal, bukannya faktor lain. Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih. (Paste dulu nanti edit)
Memberi Makna Kepada Penulisan Diari Alya Dalam dunia penulisan seseorang penulis seharusnya boleh menjawab 3 soalan mengenai penulisannya iaitu :
Ketiga-tiga soalan ini nampak gaya seperti mudah, namun begitu bagi seorang penulis menjawabnya agak sukar. Ada sesetengah penulis dia menulis hanya untuk menulis. Mereka tidak melihat kepada bagaimana memberikan makna kepada penulisan. Dalam kata lain tiada apa-apa perjuangan daripada penulisannya itu. Pada pandangan peribadi penulisan tanpa makna ataupun perjuangan adalah penulisan sia-sia. Ia tidak boleh digolongkan di dalam segmentasi buku ilmu membumi. Seorang penulis yang baik adalah penulis yang mempunyai visi dan misi dalam penulisannya. Beliau mempunyai perjuangan tersendiri yang hanya dia rasa perlu lakukan. Apabila penulisan itu mempunyai perjuangan, ia menulis bukan dengan otak semata-mata tetapi dengan hati. Penulisan dengan hati lebih mudah meresap ke hati sanubari pembaca. Inilah jenis penulisan yang memberikan makna. Saya ceduk dari blog mentor saya. harap maaflah sbb bukan idea saya ni. Saya pastekan kat sini agar saya senang nak ulang baca....
Saja-saja nak promosi Saya memang berminat bidang penulisan ni, tapi nak tunggu novel pertama dikeluarkan pada bulan September ni,rasa agak lambat sangat. Jadi saya cobalah buat bisnes internet sikit. Kalau sapa-sapa senang, masuklah dalam blog biz saya. Baca dulu dan kalau minat bolehlah join. Bolehlah bantu sikit kumpul duit dapur. Bagilah komen sikit macamana saya nak baiki bisnes internet saya ni. http://siberduit.blogspot.com email saya: smartsiber@yahoo.com.my
Secebis coretan Diari Alya Di sini hanyalah secebis dari apa yang telah saya ilhamkan. Hanya untuk suka-suka, tapi kalau ada yang sudi untuk memberikan pandangan yang bernas, dipersilakan. SEMENJAK tiba di rumah Atuk malam semalam, Dayana masih belum berpeluang berjumpa dengan Asnawi. Asnawi dilihat seolah-olah sedang menjauhkan diri. Waktu makan pagi tadipun Asnawi tidak kelihatan. Menurut Anati, Asnawi mengambil sarapannya di bilik sahaja. Alasannya kurang sihat. Atuk juga kehairanan, kerana semalam Asnawi nampak sihat sahaja. Asnawi biasanya begitu lasak bekerja, tidak kira hujan atau panas terik. Asnawi juga jarang minta cuti sakit. Mengapa pula malam ni dia berkurung di bilik? Atuk memandang wajah kecewa Dayana. Kesian, baru sahaja sampai tapi tidak disambut oleh kekasih hati, Asnawi. Pak Long Leman juga kebingungan bila disoal Atuk. Asnawi tidak pernah berbual saol peribadinya walaupun dengan ayah sendiri. Dia tidak mampu membuat Asnawi untuk bercerita tentang masalahnya sejak dulu lagi. Anaknya itu memang degil. Jika dia telah membuat sesuatu keputusan, tiada seorangpun yang mampu mengubahnya. Tapi apa yang membuatkan Asnawi menjauhkan diri dari Dayana? Jangan-jangan …… Pak Long tidak mahu meneruskan persoalannya, takut apa yang ada di fikirannya benar-benar akan terjadi. (Scene lain....) Dayana perasan, bukan kali ini sahaja Asnawi agak sukar membalas renungannya. Sejak kedatangannya ke kampung, Asnawi selalu mengelak dari bertentang mata dengannya. ‘Kenapa Awie? Asnawi memandang
ke tasik, mengeluh lagi. Begitu berat rasanya untuk melafazkan kata-kata. Dia
menelan air liur, “Awie minta maaf,
Jantung Dayana mula berdegup kencang. Dia dapat merasakan ada berita buruk yang ingin disampaikan Asnawi. Dari tindak balas dan perlakuan Asnawi, Dayana seperti sudah dapat menekanya serba sedikit. Tetapi dia hanya membisu, menunggu dan mendengar apa saja yang akan dituturkan oleh Asnawi. “Dunia kehidupan
kita jauh berbeza. Amat berbeza. Yana menetap di bandar besar, bekerja di Kata-kata yang keluar dari mulut Asnawi membuatkan Dayana terasa mukanya kepanasan, telinganya berdesing seperti baru ditampar. Perasaannya bercampur baur sedih, marah, sayu mula menyelinap ke dada melompat naik hingga ke tekaknya. Perit. Dia ingin menangis, meraung di situ juga. Biar Asnawi tahu betapa pedih hatinya tatkala itu. Betapa kecewanya jiwa Dayana tatkala itu. Tetapi ditahan semuanya di dadanya yang sedang berombak. Hanya terasa air mata panas mulai bergenang di kelopak mata. Dia patut memperkatakan sesuatu, tetapi dia tidak boleh berfikir dengan tenang. Fikirannya kabur. Tekaknya terasa pedih seperti ada sesuatu yang menghalang pengaliran air liurnya. Mulutnya terasa kering. Dia bingung. Bukan ini yang dia impikan. Bukan kata-kata pedih ini yang ingin didengarinya. Bukan! Bukan! “Apakah Yana tidak boleh berkata sesuatu dalam hal ini? Atau mungkin kita boleh berbincng?” bisik Dayana dengan suara yang tersekat-sekat. “Tidak.” Satu perkataan, terlalu perlahan dan pendek sebutannya, tapi cukup kuat untuk menghancurkan hati Dayana. Inikah pengakhirannya? Begitu mudah sekali kesudahan kisah cinta agungnya? Inilah saat yang amat ditakutinya. Hatinya hancur, pedih. Dia dapat melihat bayangan kepayahan dan kepedihan di dalam mata Asnawi. Ketegangan urat-urat rahangnya. Dia pasti Asnawi turut merasa amat payah untuk meluahkan kata-kata sebegitu. Tetapi dia tidak faham mengapa Asnawi begitu tegar mengucapkannya. Dayana berdiri kaku. Matanya merenung jauh ke hujung tasik. Tiada genangan air mata lagi. Akal fikirannya mengatakan bahawa ini semua adalah mimpi semata-mata. Asnawi masih seperti dulu. Penyayang dan mencintainya dengan sepenuh hati. Cuma saat ini perasaan Asnawi keliru. Ya, buah hatinya ini hanya keliru dalam perasaan. Dia akan sedar nanti. Dan Asnawi akan meminta maaf dan meneruskan percintaan mereka. Dayana amat pasti dengan kata-kata di fikirannya ini. Kedua tangannya segera diselukkan ke saku agar Asnawi tidak dapat melihat bagaimana menggeletarnya mereka.
Tag???
Diari Alya Lama gak saya tak tengok blog, tup tup kena tag dengan si cikgu Rhea. Hua! Hua! Saya mana tahu buat semua tu. Tapi takpelah saya cuba. Kalau tak jadi, maaf bebanyak. Kuang! kuang! Maaf! Tak boleh nak upload gambar sbb tak cukup space. Camne ya?!
Hapi Belated Birthday!! Diari Alya Dua hari sudah genap anak kecil saya berusia 9 bulan... Dah beso anak umi he he he. Dah pandai apa dia? Em... dah boleh merangkak perlahan-lahan. Maklumlah anak perempuan... Dah bolah berdiri dan meniti perlahan-lahan..... ni yang payah sikit. Tak leh nak tinggalkan sorang-sorang. Bila penat berdiri, terus je lepas tangan. Takutlah terhantuk kepala tu kat lantai. Perangai anak kecil memang menggelikan hati. Sapa-sapa yg punya anak kecil pasti setuju dengan saya. Bila dia buat perangai, nak dimarah...dia tak faham. Gelakkan saja le... Penat? Usah mengeluh. Patut bersyukur sebab Allah anugerahkan dia pada kita. Ada yang susah nak dapat sorang pun. Alhamdulillah, dia dah kebah dari demam dan batuk selsemanya. Dah mula sengih-sengih balik bila orang panggil namanya......
|